Towel-dry-cat smaller.jpg
Nose Smaller.jpg
Bedheet.jpeg
Scared2.jpg
Towel-dry-cat smaller.jpg

Utama


SCROLL DOWN

Utama


Masuk ke dunia baru Pure C -  Satu-satunya Syampu Kucing yang Halal

Dibuat dengan Bunga Linden, Centella, Neem dan ekstrak tumbuh-tumbuhan lain dari Perancis untuk melindungi kucing anda, rumah anda dan keluarga anda.

Disarankan oleh groomers untuk membersihkan semua jenis bulu kucing.

Pure C tidak diuji pada haiwan.

Lindungilah Kucing Anda Hari Ini

Belilah Sekarang :

Tontonilah sekarang untuk mengetahui lebih tentang Pure C dari Malaysia International Halal Showcase 2017

Klik di sini untuk muat turun Press Release kami.

 

Launch of Pure C at MIHAS 2017

Credit: Associated Press

Inilah Instagram Mr. Toby, kucing kami. Dia memang suka pengembaraan dan mengambil gambar! Ikutilah dia hari ini!

Nose Smaller.jpg

Cerita Kami


Cerita Kami


Cerita Kami

Kami merupakan sekumpulan orang yang mempunyai satu persamaan - kita sayang kucing kami!

Sehingga kini kami terpaksa menggunakan produk tidak halal untuk kucing kesayangan kita. Kucing memang merupakan ahli keluarga dan kita rasa ia hanya betul untuk memberi mereka perlindungan dan keselamatan yang Halal.

Kami amat berbangga untuk mengumumkan, untuk kali pertama, terdapat satu alternatif Halal untuk kucing kami dengan pelancaran Shampoo Halal Kucing, Pure C .

Kami adalah sebuah syarikat kecil yang dari Johor, Malaysia. Visi kami adalah untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk kucing Halal dari makanan kucing ke minyak wangi.

Kami sedang berkerja keras untuk menjadikan visi kami realiti.

Sila klik di sini untuk membeli dari Lazada.

 

Apakah Halal?

Halal merupakan perkataan Arab yang bermaksud sah atau dibenarkan.

Haram bermaksud bertentangan dengan undang-undang atau dilarang. Halal dan haram adalah istilah universal yang digunakan dalam semua aspek kehidupan.

Benda yang tidak senang diiktirafkan halal sering dirujuk sebagai mashbooh, yang bermaksud ragu-ragu atau boleh dipersoalkan.

Syampu Kucing Hala Pure C hanya mengandungi bahan-bahan Halal yang dipilih dengan teliti.

Syampu Kucing Hala Pure C tidak mengandungi sebarang bahan haram atau mashbooh.

Sila lihat link di bawah untuk maklumat lanjut: -

Kerajaan Malaysia

Wikipedia

Produk kami adalah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Badan Pensijilan Halal Malaysia.

Malaysia merupakan peneraju global dalam pengiktirafan Halal dan merupakan negara pertama yang mengeluarkan piawaian Halal dan memulakan sistem jaminan Halal sistematik pada tahun 2000.

Oleh itu JAKIM merupakan badan pengiktirafan Halal pertama dan yang paling dihormati di dunia.

Proses pengiktirafan Halal yang dijalankan oleh JAKIM amat ketat dan kami berasa amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan kami ini.

Sila lihat salinan sijil Halal kami di bawah:
 

Halal Certificate

 

 

 

 

Mengitar Semula

Kami akan mengisi semula setiap botol kosong produk kami yang dihantar kepada kami, secara percuma*.

Hanya hantar botol kosong anda ke alamat pejabat kami sekali dengan kotak pos-bayar dan kami akan mengembalikan anda botol yang penuh.

Sebagai alternatif, kami juga boleh menguruskan penghantaran untuk anda* !

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan!

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan membayar bayaran pos.

Bedheet.jpeg

Bahan-bahan


Bahan-bahan


Bahan-Bahan

Syampu kami mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi dari Perancis.

Kami telah bekerja dengan beberapa “groomer” untuk memastikan syampu kami adalah sesuai untuk kucing dan tidak membahayakan kucing.

Sila klik di sini untuk membeli dari Lazada.

Sila klik pada gambar di bawah untuk maklumat mengenai bahan-bahan kami:

 

 

Sila klik di sini untuk senarai bahan-bahan yang lengkap.

Sila klik di sini untuk membeli dari Lazada.

Informasi Berguna


Informasi Berguna

Informasi Berguna


Informasi Berguna

Scared2.jpg

Hubungilah kami


Hubungilah kami


Janganlah takut, hubungilah kami !

Sila kongsikan dengan kami sebarang cadangan, komen atau pertanyaan. Kami ingin mendengar daripada anda!

 

Pejabat Kami

52, Jalan Mutiara Emas 5/14
Johor Bahru, Malaysia 81100

meow@hal.pet