Pertama sekali, pastikan anda telah menyediakan semua yang diperlukan sebelum memandikan kucing anda, dengan membaca 5 Tips penting SEBELUM memandikan kucing anda.

Ok, sekarang anda sudah bersedia untuk bermula!

1.         Berhati-hati dengan mood kucing anda

Perkara yang paling penting dalam proses ini ialah kucing anda. Bercakap dengan suara yang lembut dan sentiasa memuji kucing anda. Jangan sekali-kali melawan atau menganiaya kucing anda. Anda mungkin perlu memulakan dengan hanya membasahkan satu tapak kaki dan berhenti jika mereka menjadi terlalu stress. Cuba lagi pada hari yang lain dan sehingga kucing anda berasa selesa untuk mandi sepenuhnya.

Kucing sangat sensitif dan boleh dijejaskan oleh mood anda. Jika anda tergesa-gesa mereka akan berasanya. Kuncinya adalah untuk sentiasa berasa tenang dan yakin.

2. Pastikan Sekeliling Selamat

Pastikan terdapat tikar getah dalam basin atau tab mandi supaya kucing anda tidak akan tergelincir.

Pastikan pintu dikunci dan tiada angin yang akan mengganggu kucing anda.

3. Basahi Semua Tubuh Kucing

Sesetengah kucing suka berdiri dalam dua atau tiga inci air suam yang digunakan untuk membasahkan bulu mereka.

Tetapi, terdapat juga sesetengah kucing yang akan panik jika kakinya terkena air. Jadi pastikan semua air disalirkan keluar dengan segera dan gunakan cawan berisi air suam untuk membasahkan bulu kucing anda.

Jika anda menggunakan kepala pancuran, pastikan kepala pancuran berdekatan pada badan kucing anda untuk mengurangkan bunyi air. Jangan sesekali menyembur air pada muka kucing atau dunk kepala kucing kesayangan anda dalam air!

Jangan lupa untuk bercakap dengan kucing anda.

4. Gunakan Syampu dengan

Gunakan sedikit Syampu Pure C untuk membersihkan kucing anda dan jauhi syampu dari mulut, hidung dan telinganya.

Ambil sebanyak masa anda perlukan dengan langkah ini dan pada masa yang sama berikanlah kucing anda urutan.

Pastikan anda membersihkan mengikut arah pertumbuhan bulu kucing anda.

5. Bilas, Bilas, Bilas!

Gunakan air suam untuk bilas kucing anda supaya tiada kesan syampu. Kemudian bilas lagi!

Terus bercakap !!

6. Kering

Keringkan kucing anda perlahan-lahan dengan tuala dan kemudian keluarkan kucing anda dari basin atau tab mandi dengan berhati-hati. Kemudian, balut kucing anda dalam tuala kering. Apabila tuala yang terlalu basah, tukar kepada tuala lain. Teruskan sehingga kucing anda kering.

Jika kucing anda berasa gelisah, berhenti. Pastikan kucing anda berada di dalam bilik tanpa angin supaya ia boleh kering secara semulajadi.

Jika kucing anda sangat berani, anda boleh mempertimbangkan menggunakan pengering rambut pada setting paling rendah untuk memberikannya rupa “Movie-Star”! Jangan letakkan pengering rambut terlalu rapat dan jangan sesekali tepat pada muka haiwan kesayangan anda.

7. Treat, Treat, Treat!

Sekarang adalah masa untuk manja kucing kesayangan anda !! Berikan kucing anda makanan kegemarannya, snek dan mainan. Pastikan kucing anda mempunyai imej  yang super positif dengan mandian supaua kucing anda akan lebih bersemangat untuk mandi pada masa yang akan datang !!

Pastikan anda juga memuji, membelai dan memberikan mereka lebih banyak perhatian dan kasih sayang yang anda boleh. Lagipun mereka bergantung kepada cinta anda seperti anda bergantung kepada mereka !!

Ingat bahawa kunci untuk memandikan kucing anda adalah kesabaran. Sentiasa bercakap dengan kucing anda dalam suara yang lembut. Sudah tentu, jangan menjerit atau mendesak kucing anda.

Gunakanlah tenaga menenangkan anda untuk membuat mereka berasa tenang. Anda berdua adalah bagai aur dengan tebing pada masa mandian, jadikanlah masa mandian masa yang seronok bersama-sama.